BM  | EN
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 24 Okt 2017
Versi 8.0.2c
Sekolah Tunas Bakti (P) MiriSekolah Tunas Bakti (P) Miri


SEKOLAH TUNAS BAKTI (P) MIRI


KM 12 Jalan Miri/Bintulu
Peti Surat 414, 98007 Miri.
Telefon: 085-611054/611054/611478
No.Faks : 085-615435

Pengetua : Puan Evelyn Cliff Emang

LATAR BELAKANG

Sekolah Tunas Bakti (P) Miri merupakan sebuah institusi pemulihan akhlak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Sebelum ini, Sekolah Tunas Bakti (P) Miri dikenali sebagai Taman Seri Puteri Miri. Kawasan Sekolah Tunas Bakti (P) mempunyai keluasan 9.25 hektar dan terdiri daripada 12 blok bangunan. Institut ini boleh menampung seramai 100 orang pelatih dalam satu masa.

MATLAMAT PENUBUHAN

Tujuan institusi ini didirikan adalah untuk memulihkan anggota masyarakat yang rosak akhlak agar mereka dapat menyesuaikan diri semula dalam masyarakat.

Matlamat khusus ialah untuk membimbing kanak-kanak perempuan yang terlibat dengan jenayah serta tidak terkawal agar menjalani kehidupan yang lebih berfaedah selepas dibebaskan dengan membaiki tingkahlaku, meningkatkan kemahiran yang sedia ada dan perasaan tanggungjawab di kalangan mereka.

KUMPULAN SASARAN

Kanak-kanak yang berumur 10 tahun ke atas dan di bawah 18 tahun semasa sabit kesalahan dalam kes jenayah serta yang tidak terkawal.

TEMPOH TAHANAN

Untuk satu tempoh maksima selama 3 tahun atau sehingga mencapai umur 18 tahun.

PENERANGAN AKTIVITI

Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di dalam institusi adalah mengikut peruntukkan undang-undang dan peraturan-peraturan yang diluluskan seperti berikut:

  • Akta Kanak-Kanak 2001
  • Peraturan Sekolah-Sekolah yang diluluskan 1981

PERKHIDMATAN DALAM INSTITUSI

  • Penjagaan dan Perlindungan
    • Tempat Tinggal
    • Keperluan harian
    • makanan'Rawatan Perubatan
    • Pakaian
  • Kaunseling dan Bimbingan
    • Kaunseling
    • Kaunseling dan kerja kes
    • Perbincacngan Komuniti
    • Ceramah dan Bengkel
  • Pendidikan
    • Pendidikan formal dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di dalam dan di luar institusi
    • Pendidikan Akhlak dan Agama (Islam, Kristian, Buddha, dll)
  • Latihan Vokasional
    • Jahitan
    • Masakan
    • Sulaman
    • Pertanian/Berkebun
    • Gunting rambut (salon)
    • Latihan Kawad
  • Latihan Utama
    • Jahitan
    • Sulaman
    • Masakan
    • Kek dan Pastri
  • Ko-Kurikulum
    • Pertanian
    • Kawad Kaki
    • Pancaragam
    • Kraftangan
  • Aktiviti sukan dan rekreasi
    • Bola Jaring
    • Bola Tampar
    • Badminton
    • Catur
    • Bola Keranjang Ping Pong
    • Karom
    • Dart
  • Keistimewaan
    • Cuti balik ke kampung (tahunan/perayaan)
    • Cuti hujung minggu
    • Cuti kecemasan
    • Wang Saku
    • Rekreasi
    • Lawatan Sambil Belajar
    • Bebas Berlesen

LEMBAGA PELAWAT

Sekolah Tunas Bakti (P) Miri mempunyai sebuah ahli Lembaga Pelawat yang dilantik oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Mereka bertanggungjawab bagi :

  • Menjamin perjalanan urusan institusi yang licin dan cekap
  • Membuat syor-syor mengenai pengurusan institusi ini kepada pihak yang berkuasa
  • Membantu dalam rancangan rawatan dan pemulihan keseluruhannya.
  • Mengkaji semula dari masa ke semasa mengenai kemajuan kanak-kanak
  • Membebaskan kanak-kanak di bawah penyeliaan lesen.
  • Penyeliaan lesen dan lanjutan
  • Kanak-kanak boleh dibebaskan dari Sekolah Tunas Bakti (P) Miri selepas 12 bulan dalam tahanan di bawah penyeliaan lesen oleh Lembaga Pelawat sebelum tamat tempoh tahanan.