BM  | EN
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 19 Ogos 2017
Versi 8.0.2
Perkhidmatan KaunselingPerkhidmatan Kaunseling

LATAR BELAKANG DAN MAKSUD KAUNSELING

Telah diwujudkan pada 1 April 1998 dan asalnya dikenali BAHAGIAN PERKAUNSELAN. Bahagian ini dengan penguatkuasaan AKTA KAUNSELOR 1998 (Akta 580). Pada 1 Ogos 2005, dikenali sebagai BAHAGIAN KAUNSELING DAN PSIKOLOGI. Kaunseling merupakan proses perhubungan menolong secara profesional mengikut prinsip-prinsip psikologi dan mematuhi kod etika kaunselor bagi membantu klien meneroka, menganalisis, memahami diri dan mampu membuat keputusan sendiri.

MATLAMAT

Mengoptimumkan tahap kesejahteraan psikologikal kumpulan sasar dan kakitangan jabtan melalui perkhidmatan bimbingan, kaunseling dan program psikologi.

OBJEKTIF

  1. Memulihkan tingkah laku, kognitif dan emosi klien / kakitangan jabatan
  2. Memulihkan kefungsian keluarga klien / kakitangan jabatan
  3. Memupuk, membangun dan mempertingkat keupayaan kendiri klien / kakitangan jabatan.

FUNGSI

  1. Merancang , menyelaras dan mengendalikan perkhidmatan kaunseling komuniti
  2. Merancang, menyelaras dan mengendalikan perkhidmatan bengkel interaktif Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611)
  3. merancang, menyelaras dan mengendalikan perkhidmatan kaunseling dan psikologi institusi
  4. Merancang, menyelaras dan mengendalikan penyelidikan berkaitan perkhidmatan kaunseling dan psikologi bagi tujuan peningkatan kualiti perkhidmatan
  5. Merancangm menyelaras dan mengendalikan program pengupayaan kendiri kakitangan berdasarkan pekeliling perkhidmatan awam bil.18 tahun 2005.

KUMPULAN SASAR

  • Kakitangan jabatan
  • Kumpulan sasar jabatan
  • Pelatih-pelatih di institusi pemulihan
  • Penghuni Rumah Kanak-Kanak
  • Masyarakat Umum
  • Warga Tua