BM  | EN
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 23 Apr 2018
Versi 8.0.4b
Pengurusan Krisis dan BencanaPengurusan Krisis dan Bencana

FUNGSI DAN PERANAN

Fungsi dan peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam pengurusan bencana sepertimana Arahan MKN No.20, iaitu:

  • Menyedia dan menyelenggara pusat pemindahan;membuat persediaan dan mengedarkan bantuan makanan, pakaian, dan lain-lain keperluan;

  • Menjalankan pendaftaran ke atas mangsa untuk tujuan pemulihan semula mangsa bencana;

  • Memberi bimbingan, nasihat dan kaunseling kepada mangsa-mangsa.


PENGURUSAN KRISIS DAN KES BENCANA

Terdapat tiga tahap dalam pengurusan bencana:

Bencana Tahap 1

Kejadian setempat yang terkawal dan tidak berpotensi untuk merebak. Ianya tidak begitu kompleks dan kemungkinan mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda yang kecil. Bencana ini juga tidak menjejaskan aktiviti harian penduduk setempat secara meluas. Pihak Berkuasa di Peringkat Daerah mempunyai kemampuan untuk mengawal dan mengatasi kejadian ini melalui agensi-agensi di Peringkat Daerah tanpa atau dengan bantuan dari luar yang terhad.

Bencana Tahap 2

Kejadian yang lebih serius meliputi kawasan yang luas atau melebihi dua (2) Daerah dan berpotensi untuk merebak. Kemungkinan akan mengakibatkan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda yang banyak. Kejadian ini juga memusnahkan infrastruktur dan menjejaskan aktiviti masyarakat. Bersifat lebih kompleks daripada Bencana Tahap 1 dan menyulitkan dari segi usaha mencari dan menyelamat. Perlu dan berupaya dikendalikan oleh Pihak Berkuasa di Peringkat Negeri tanpa atau dengan bantuan luar yang terhad.

Bencana Tahap 3

Kejadian yang berpunca daripada Bencana Tahap 2, bersifat lebih kompleks atau meliputi kawasan yang lebih luas atau melebihi dua (2) buah negeri. Perlu dan berupaya dikendalikan oleh Pihak Berkuasa di Peringkat Pusat tanpa atau dengan bantuan dari luar Negara.
 


INTERVENSI JABATAN

Intervensi JKM ada 3 peringkat iaitu:

A. Peringat SEBELUM Berlaku Bencana 

  • Mengenalpasti dan menyediakan senarai pusat pemindahan dan pangkalan hadapan di setiap daerah/kawasan (khususnya di kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir)

  • Menyediakan senarai nama pegawai-pegawai yang boleh dihubungi ketika berlaku sesuatu kejadian bencana (Alamat rumah dan nombor telefon)

  • Mengenalpasti dan menyediakan senarai pembekal barang-barang catuan dan lain-lain keperluan.

  • Menubuhkan “Task Force” atau sukarelawan yang terdiri daripada ahli-ahli Briged Kebajikan Perdana dan lain-lain pertubuhan sukarelawan.

  • Mengadakan kursus/latihan kepada petugas dan sukarelawan berkenaan pengurusan bencana.

  • Menyediakan senarai tugas bagi petugas dan sukarelawan.

  • Menyedia dan menghantar bekalan terlebih awal ke pangkalan hadapan sebelum berlaku bencana (khususnya banjir).

B. Peringkat SEMASA Berlaku Bencana

  • Mendaftar mangsa-mangsa yang terlibat.

  • Menyelenggara pusat-pusat pemindahan dan pangkalan hadapan.

  • Mengedar bantuan makanan, pakaian, selimut, tikar, dan lain-lain keperluan.

  • Menggerakkan pasukan petugas dan sukarelawan membantu dalam urusan pendaftaran, memasak dan sebagainya.

  • Merancang aktiviti untuk mangsa-mangsa di pusat pemindahan seperti sukaneka untuk kanak-kanak, pertandingan melukis, ceramah agama, ceramah motivasi dan sebagainya (jika tempoh pemindahan agak panjang).

  • Memberi nasihat, bimbingan dan kaunseling kepada mangsa-mangsa yang mengalami tekanan (trauma).

C. Peringkat SELEPAS Berlaku Bencana

  • Membuat siasatan dan penilaian terhadap kerugian dan kemusnahan yang dialami oleh mangsa-mangsa (termasuk rumah dan harta benda, tanaman dan ternakan).

  • Membuat cadangan rancangan pemulihan, sama ada rancangan jangka panjang atau jangka pendek.

  • Menimbang serta meluluskan bantuan pemulihan di bawah skim bantuan sedia ada.