Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 15 Ogos 2018
Versi 8.1.0
Perkhidmatan Bantuan Kesejahteraan SosialPerkhidmatan Bantuan Kesejahteraan Sosial

PENGENALAN


Perkhidmatan bantuan kebajikan disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna. Skim bantuan kebajikan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan,pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan suatu kaedah dalam pengurusan kerja sosial. Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambilkira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.

KONSEP


Bantuan Kebajikan adalah bersifat sementara dan saraan hidup bagi membantu individu/keluarga yang tidak berkemampuan dan berkeperluan, sehingga mereka dapat dipulihkan untuk hidup bedikari dan/atau meneruskan kehidupan yang lebih berkualiti.


PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN


1.   Permohonan Bantuan
2.   Jenis-Jenis Bantuan dan syarat kelayakan